top of page

Kawalselia Padi dan Beras rampas hampir 10,000 kilogram beras seludup

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Pengedaran beras seludup ditumpaskan oleh pasukan penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya
Pengedaran beras seludup ditumpaskan oleh pasukan penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya

Oleh: Azuan Ab Rahman


Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya menumpaskan kegiatan pengedaran beras seludup dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis pemborong beras pada Jumaat.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, berdasarkan risikan awal, pemborong terbabit disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran beras seludup dan mengesyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7(2) dan Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 (Akta 522).


Susulan pemeriksaan itu, sebanyak 9,750 kilogram beras super import gred Thailand White Rice 5 peratus (TWR5) dirampas


Pihak penguat kuasa turut menyita lesen borong beras, salinan invois serta dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membantu siasatan dan menjejaki modus operandi sindiket berkenaan.


"Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya untuk siasatan lanjut," kata kenyataan pada Sabtu itu.


Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya menegaskan sementara itu menegaskan, jika sabit kesalahan, pemborong berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 [Akta 522], yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000.


Dalam masa sama, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan beras yang bukan sahaja menjejaskan kestabilan bekalan dan harga pasaran, malah memberi kesan negatif kepada kepentingan pengguna serta pesawah tempatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page