top of page

Kawal harga tiket penerbangan, jangan mangsakan rakyat



Kenaikan tambang penerbangan sepanjang musih perayaan Aidilfitri amat membimbangkan.


Menurut kenyataan calon calon jawatan utama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, kenaikan tersebut tidak sewajarnya berlaku memandangkan pada tahun ini rakyat akan mengambil peluang balik kampung selepas 2 tahun tidak beraya bersama keluarga.


"Setelah dua tahun musim perayaan terjejas akibat Covid-19, tahun ini rakyat dapat kembali menyambut lebaran tanpa sekatan perjalanan.


"Malangnya, harga tiket penerbangan yang melambung tinggi semasa musim ini hanya membebankan rakyat terutamanya warga Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung dan juga sebaliknya.


"Rakyat Malaysia masih terkesan akibat keadaan ekonomi yang kurang stabil sejak dua tiga tahun ini, dan ada juga yang terpaksa hidup bergantung dengan hutang dan wang simpanan KWSP.


"Syarikat penerbangan tidak sepatutnya menangguk di air keruh dengan cubaan mengaut keuntungan besar meningkatkan tambang sehingga lima kali ganda," kata mereka.


Sehubungan itu, pimpinan AMK menggesa Kerajaan Persekutuan segera menetapkan harga siling bagi tiket penerbangan dan tidak cukup sekadar menasihatkan industri penerbangan untuk tidak menaikkan harga.


"Sekiranya ini berterusan, kami gesa Kerajaan campur tangan dengan menetapkan harga siling agar rakyat tidak dimangsakan puak kapitalis.


"Malaysia baru sahaja beralih ke fasa pemulihan, tunjukkanlah simpati dan empati kepada rakyat. Jangan tekan dan tambah beban mereka demi nafsu dan poket sendiri," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Fahmi Zainol, Chua Wei Kiat, Izuan Kasim, Prasanth Kumar dan Tyra Hanim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page