Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail bersama Raiyan Abdul Rahim, Kaukus Srikandi KEADILAN Pusat baru-baru ini mengumumkan penubuhan Kaukus Srikandi KEADILAN Selangor.
Menurut Raiyan, penubuhan Kaukus Srikandi KEADILAN Selangor lebih bertujuan menggerakkan Srikandi di peringkat akar umbi bersama-sama semua Ketua Srikandi Cabang sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke 15.
"Kaukus ini juga akan menyelaraskan latihan-latihan dan program-program bersama Wanita KEADILAN di peringkat negeri dan pusat," katanya.
Kata Raiyan lagi, Kaukus Srikandi itu akan diterajui oleh lima anggota; Dr Puteri Farhah Nadirah Binti Mohd Fauzi, Nur Hafizah Binti Noslan, Sandy Zaliu, Devisha Naidu A/P Thevagharan dan Karen Kasturi James.
Pengumuman penubuhan Kaukus baru berkenaan dibuat di Majlis Penyerahan Pek Kebersihan Diri (Hygiene Pack). Dalam ucapan Perasmian, menurut Raiyan, Rodziah Ismail yang juga merupakan ADUN Batu Tiga telah berkongsi aspirasi untuk melihat wanita muda, khususnya Srikandi untuk lebih terlibat dalam aktiviti dan program yang mempunyai impak jangkamasa panjang.
"Beliau memberi cadangan supaya diadakan kempen menyayangi atau menyelamatkan bumi dan kelestarian," katanya lagi.
Tambay Raiyan, majlis itu disempurnakan dengan penyerahan 600 pek kebersihan diri kepada wakil-wakil dari Kaukus Srikandi KEADILAN Selangor serta Ketua-ketua Srikandi Cabang. Pek kebersihan diri ini mengandungi barang-barang keperluan seperti, tuala wanita, cecair pencuci mulut dan beberapa jenis sabun berlainan.
Comments