top of page

Kasino Forest City: PM beri amaran jangan heret institusi raja



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh insitusi diraja.


Katanya, dakwaan pihak tertentu terkait konon kerajaan mahu membuka kasino di Forest City, Johor tidak sepatutnya sehingga mengheret insitusi raja ke dalam kancah fitnah berkenaan.


"Kamu singgung raja-raja, dan raja-raja itu institusi negara yang kita sanjung dan muliakan, serta ini ada dalam Perlembagaan.


"Kita ada sistem raja, tidak bolehlah dijadikan macam orang politik, serang sesuka hati dan ini memang tidak boleh.


"Institusi raja itu ada caranya. Cara bercakap lain, ada cara kaedah yang perlu kita hormati," katanya dalam ucapan sempena Hari Pekerja semalam.


Susulan itu, PM menegaskan, jika terdapat pihak yang menyerang dan memfitnah institusi raja maka jawapannya ialah pendakwaan, hukuman dan penjara sebagaimana yang telah termaktub dalam undang undang.


"Kalau pilih (sistem) raja inilah caranya.


"Mahu negara aman, ini caranya dan (kita) dokong sistem yang pertahankan cara ini," ujarnya lagi.


Terdahulu, Anwar menafikan laporan yang mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua bagi Forest City selepas Genting Highlands dan menyifatkan ia sebagai pembohongan.


Katanya, beliau sendiri tidak pernah dengar cadangan sedemikian diutarakan oleh sesiapa.


Sebelum ini, terdapat pihak pro pembangkang yang cuba mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam fitnah tersebut kerana baginda mempunyai kepentingan dalam pembangunan Forest City.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page