top of page

Kartel beras : Tumpu langkah penguatkuasaan undang-undang



Oleh: Abdullah Zaid


Cadangan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bagi menggantikan kategori Beras Putih Tempatan perlu diperhalusi namun terdapat isu penting lain yang perlu diberi perhatian.


Bagi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar, menyatukan kategori beras putih tempatan dan import sebagaimana cadangan baharu itu, selain terdapat kekangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) juga perlu difikirkan kaedah penguatkuasaan yang lebih ketat.


Penguatkuasaan lebih padu diperlukan, katanya, terutama menghadapi cabaran kartel beras yang sering mencampur beras tempatan dan import dan dilakukan pembungkusan semula menyebabkan kekurangan beras tempatan di pasaran.


"Akta sedia ada (Akta 522) tidak membenarkan beras tempatan dan import dicampur.


"Masalah yang berlaku sekarang adalah beras tempatan itu diletakkan sebagai beras import supaya harga lebih mahal sebab itu beras tempatan tidak ada dalam pasaran," katanya kepada Suara Keadilan.


Justeru, Mahfuz berpandangan langkah terbaik bagi menanggani isu beras adalah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.


"Penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan supaya kegiatan campur beras ini dapat ditanggani (sepenuhnya)," ujarnya lagi.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI).


Jelasnya, keputusan cadangan itu akan dibincangkan lebih terperinci dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) nanti.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page