top of page

Karnival Pandan Job Fair 2020, bina semula kerjaya



Karnival dan Bimbingan Kerjaya anjuran Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan bersama Pusat Khidmat DUN Pandan Indah serta DUN Teratai berjaya dianjurkan pada 9 Ogos lalu.


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merasmikan karnival tersebut berkata, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi kesan negatif daripada segi kehilangan pendapatan rakyat dan perlu diselesaikan segera.


Menurutnya, Jabatan Statistiks Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa pengangguran berada pada tahap 4.9 peratus pada bulan Jun. Dalam masa 6 bulan tersebut, di antara Disember 2019 dan Jun 2020, jumlah tenaga buruh di pasaran kerja meningkat 160,000 atau 1 peratus kepada 15.76 juta daripada 15.60 juta.


Walau bagaimanapun, kata beliau, penduduk bekerja berkurangan sebanyak 100,000 atau 0.7 peratus kepada 15.0 juta daripada 15.1 juta.


"Hal ini menyebabkan penduduk yang menganggur meningkat sebanyak 268,900 atau 53.3 peratus kepada 773,200 daripada 504,300.


"Bagaimanapun, penduduk yang menganggur pada bulan Jun kurang daripada 826,100 yang dicatat pada bulan Mei.


"Walaupun sektor swasta secara amnya terkesan dengan pandemik Covid-19, terdapat juga sektor dan industri yang mendapat manfaat secara langsung atau tidak langsung akibat pandemik ini, dan dengan itu memerlukan pekerja tambahan.


"Inilah harapan kita supaya yang kehilangan kerja dapat membina semula kerjaya mereka dengan syarat mereka sanggup belajar kehendak pekerjaan baharu, manakala yang belum mendapat kerja dapat memulakan kerjaya mereka," katanya.


Sehubungan itu, menurut Dr Wan Azizah, Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan mengambil inisiatif mengadakan program membina semula kerjaya dengan 3 elemen penting.


Elemen pertama berupa Karnival Kerjaya dengan sesi temuduga dalam bidang pekerjaan atau pun keusahawanan.


Kedua Bimbingan Kerjaya, dengan sesi taklimat bersama majikan, sesi panduan membuat resume atau CV yang berkualiti, khidmat nasihat pemburuhan dan khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan.


Ketiga, rakyat diberi peluang untuk menyertai dan mendaftar dengan Inisiatif Peduli Rakyat yang berupa skim kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.


"Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia, kedua-duanya di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang membantu kami dalam menjayakan program.


"JobsMalaysia telah menjemput 10 majikan untuk mengambil bahagian dalam program ini, dan saya dimaklumkan bahawa kesemua 10 majikan ini mempunyai sejumlah kira-kira 500 pekerjaan yang hendak ditawarkan.


"Apa pun, saya dimaklumkan, temuduga hari ini berupa temuduga pertama, pastikan saudara saudari buat yang terbaik supaya terpilih untuk

hadir ke sesi temuduga seterusnya di syarikat-syarikat yang terlibat," katanya lagi.


Dr Wan Azizah juga turut memberi penghargaan kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK yang hadir untuk memberi khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan kepada rakyat yang memerlukan.


Dalam program itu Dr Wan Azizah juga bergambar bersama Muhammed Saifullah Mohd Sukeri (gambar, kiri Dr Wan Azizah) yang telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai pelatih di bawah skim SLDN. Juga bersama ialah Shaiful Izad bin Mohd Taib, pegawai SLDN di syarikat makanan segera McDonalds.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page