Kampung Baru: Mana janji tanah RM3,000 sekaki, pelan pembangunan Melayu?



Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bahawa pelan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur tidak dapat diteruskan kerana 60% pemilik tanah tidak bersetuju menjual hak milik mereka merupakan satu alasan yang tidak bertanggungjawab dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, amat tidak wajar seseorang yang mengaku pejuang Melayu dan sebelum ini mengatakan penyelesaian masalah Kampung Baru adalah menaikkan harga tanah kepada RM3,000 sekaki, lari daripada masalah berkenaan.


"Memberi alasan bahawa lebih 60% pemilik tidak bersetuju dengan idea itu ibarat sekadar melepas tanggungjawab untuk melihat pembangunan dapat direalisasikan di Kampung Baru.


"Sedangkan sebelum ini ketika Annuar Musa masih bergelar pembangkang, beliau pernah membayangkan kononnya harga tanah di sana boleh mencecah sehingga 3000 sekaki persegi selari dengan harga tanah di KLCC.


"Sekarang waktunya beliau membuktikan kepada pemilik bahawa kata-katanya dulu boleh direalisasikan atau beliau hanya bercakap sekadar melepas batuk di tangga," kata Syed Badli dalam satu kenyataan.


Menurut mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Kampung Baru itu lagi, seburuk-buruk kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mata Umno, menterinya ketika itu, Khalid Samad telah menyediakan pelan pembangunan komprehensif Kampung Baru.


Sedangkan, Annuar pula tidak mempunyai satu pelan alternatif sebagaimana diharapkan daripada parti yang kononnya membela orang Melayu.


"Annuar (sejak menjadi menteri) sibuk bermain politik tanpa sebarang pembaharuan yang boleh dilihat.


"Justeru itu saya ingin menasihati Annuar untuk kurangkan berpolitik sebaliknya menumpukan kepada tugas-tugas untuk membangunkan Wilayah Persekutuan, khususnya kawasan Kampung Baru," sinis Syed Badli.


Untuk rekod, Umno ketika menjadi pembangkang mereka menjadi juara dalam mencadangkan pelbagai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru.


Umno memburuk-burukkan pelan kerajaan PH sebagai merampas tanah Melayu. Namun selepas 6 bulan memerintah, Umno gagal membentang walau satu pun pelan yang mereka uar-uarkan dahulu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER