Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang tidak menyangka Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri meskipun sudah kehilangan majoriti di Parlimen.
Beliau berkata, Muhyiddin seolah-olah langsung tidak memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung isu sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri.
"Tak sangka seorang Perdana Menteri pun tidak erti undang-undang dan perlu disekolahkan.
"Termaktub dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat “hendaklah” meletakkan jawatan.
"Bahasa amat jelas dan mudah, kalau dah hilang majoriti, kena letak jawatan.
"Tak ada ayat yang sebut bahawa Perdana Menteri tersebut tak perlu letak jawatan kalau tiada siapa dapat buktikan majoriti. Untuk tentukan siapa dapat majoriti adalah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, bukan kamu," katanya.
Justeru, beliau meminta Muhyiddin meletak jawatan dengan segera tanpa perlu didesak lagi oleh semua pihak.
"Undurlah secara terhormat. Jangan cuba putar-belitkan undang-undang tertinggi negara semata-mata nak jaga kepentingan politik sendiri," katanya.
Комментарии