top of page

'Kalau dulu kabinet gagal, sekarang juga kerajaan gagal'



Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0 biar pun dihiasi retorik kononnya ingin memulihkan negara, memulihkan sistem kehakiman atau memulihkan perjalanan Parlimen namun pada hakikatnya tidak lebih daripada 'produk lama yang diberi pembungkus baharu'.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kabinet baharu yang hampir 90% muka-muka kitar semula sudah pasti akan meneruskan kegagalan lama, berbanding menyumbang idea baharu bagi memulihkan negara.


"Pada saya tak boleh nak brain kata orang sekarang. Tak boleh nak faham apa ada dalam kepala Perdana Menteri (PM). Yang boleh saya simpulkan begini, kalau dalam jabatan kerajaan, (kitar semula ini) seperti tukar suka sama suka. Contoh nak tukar jadi cikgu di Kuala Krai dengan cikgu di Pengerang.


"Kabinetnya sama, kabinet dipilih Mahiaddin dulu, yang sama sekarang ini menganggotai kabinet Ismail Sabri. Ada sedikit adjusment tetapi tiada yang signifikan. Jawatan yang diangkat sebagai menteri kabinet itu jika orang lihat tidak mungkin mereka terfikir, 'inilah yang kita mahu untuk pulihkan negara'.


"Menjadi lebih parah bila Mahiaddin dipilih sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). Ini bagi saya tidak masuk akal dan tentunya dibahas dengan bersungguh-sungguh dalam Dewan Rakyat nanti untuk melihat di mana rasionalnya.


"Sebab apa yang berlaku ini boleh disimpulkan satu perkara, Ismail Sabri ingin sangat jadi PM, justeru berkompromi dengan apa sahaja diminta oleh Presiden Bersatu, termasuklah mengekalkan kabinetnya," kata Shamsul dalam forum maya anjuran IDE bertajuk: "Sidang Parlimen 13/9/21: Ujian dan Cabaran Untuk Siapa?" semalam.


Oleh itu menurut beliau, usahlah rakyat mengharapkan yang terbaik daripada kabinet Ismail Sabri melainkan terus mengkritik bagi memastikan kegagalan era Mahiaddin Yassin berkurangan, dan tidak terlalu menjejaskan negara.


Malah, katanya, MPN yang dibentuk oleh kerajaan PN 2.0 ini pun belum tentu akan berjalan lancar kerana idea asalnya dikemukakan oleh Tun Mahathir dan idea tersebut tidak pernah dibentangkan secara menyeluruh kepada pentadbiran Ismail Sabri.


"Kalau dulu orang kata kabinet gagal, sekarang ini tentu akan gagal juga kerana orang yang sama. PM yang gagal dulu juga jadi pengerusi MPN. Majlis pemulihan ini untuk pulihkan negara, ini idea dari Tun Mahathir, dan diambil serta ditubuhkan jawatankuasa. Ini bukan asli dari kerajaan.


"Apa yang dilakukan ini tidak lebih sekadar kepentingan politik semata-mata. Hanyalah manoeuvre politik oleh Umno dan sekutunya. Menunjukkan lemahnya PM sekarang yang dikuasai sepenuhnya oleh Mahiaddin dan Bersatu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page