top of page

Kalau cukup bilang ambil kerajaan, buktikan di Parlimen - Anwar



Pihak yang mendakwa mempunyai jumlah mencukupi bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sekaligus mengambil alih pentadbiran dicabar membuktikan jumlah sokongan pada sesi Parlimen akan datang.


Cabaran itu dilontar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sebagai mengulas dakwaan pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bahawa mereka mempunyai 126 sokongan Ahli Parlimen.


"Kalau dia (PN) ada (cukup sokongan) tunggu masa Parlimen nanti, bawalah SD (akuan berkanun). Usulkan di Parlimen tiada masalah.


"Ini tiap-tiap minggu mengigau. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum Raya Haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baru Cina... tunggulah.


"Tapi InshaAllah kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang. Saya sangat yakin," kata Pengerusi Pakatan Harapan itu


Sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, pembangkang sering mencanangkan mereka akan mengambil alih kerajaan.


Terbaharu timbul spekulasi konon wujud komplot menjatuhkan Anwar selepas dilaporkan kononnya 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Pengerusi PN Mahiaddin Yassin selepas PRU15 lalu merancang memaksa pilihan raya kecil diadakan.


Mereka dikatakan akan keluar parti, sekali gus menyebabkan kerusi dikosongkan berdasarkan undang-undang anti-lompat parti.


Bagaimanapun, rancangan merampas kerajaan dibidas banyak pihak kerana dilihat menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan harapan pada Febuari lalu supaya pentadbiran Anwar yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun hadapan.


Malah bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika mengulas perkara itu baru-baru ini bertitah agar sebarang usaha menjatuhkan kerajaan dihentikan sekaligus memastikan kestabilan politik di negara ini dipertahan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page