top of page

'Kalau benar ada angka, bawa usul, kita bertempur di Parlimen'



Spekulasi demi spekulasi kononnya Kerajaan Perpaduan telah kehilangan majoriti dikhuatiri akan menggugat keyakinan pelabur asing untuk menanam modal dan hanya akan merencatkan pemulihan ekonomi negara.


Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kedua kalinya mencabar pembangkang Perikatan Nasional untuk menunjukkan angka yang mereka miliki melebihi 112 daripada anggota Dewan Rakyat.


Sekiranya angka itu mencukupi, kata Anwar beliau tidak akan menghindar Usul Tidak Percaya di Parlimen dalam sesi akan datang.


Katanya, beliau tidak akan sepengecut Perdana Menteri kerajaan PN sebelum ini yang mengisytihar darurat serta menggantung Parlimen pada 2021 apabila kehilangan majoriti pada hujung 2020 lalu.


"PM dulu memilih untuk mengisytihar darurat dan gantung parlimen. PM sekarang dari Kerajaan Perpaduan memilih untuk bertempur di parlimen.


"Mematikan segera kenyataan yang mengganggu gugat kestabilan. Saya yakin dengan majoriti (2/3 di dewan), kalau mahu cabar, cabar di parlimen.


"Kalau benar ada angka jangan mengigau. Cari Ahli Parlimen (tunjuk Akuan Berkanun), bawa usul (di dewan) saya tidak akan mengelak daripada membentangkan Undi Percaya atau Tidak Percaya. Saya bukan pimpinan dahulu.


"Kita akan adakan di sidang parlimen, kalau ada cabaran saya akan berdepan, bertempur," katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, pagi tadi.


DS Anwar disambut pelbagai kaum di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani

Usul Percaya atau Tidak Percaya, kata Anwar amat penting bagi menentukan kestabilan politik dan mengembalikan keyakinan pelabur bahawa mereka berurusan dengan kerajaan yang benar benar mendapat mandat rakyat.


Namun, kata Amwar, sekiranya pembangkanag tidak boleh menunjukkan bukti cukup bilang, bahawa mereka memiliki majoriti mudah, maka usaha menggugah keyakinan umum terhadap kerajaan memerintah akan dianggap tindakan sabotaj terhadap negara.


"Sekarang hasil negara bertambah, pelaburan dari China, Amerika, India melonjak naik kerana keyakinan pelabur asing berikutan kestabilan negara


"Kalau cuba mengganggu gugat, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur," kata Anwar lagi.


Sebelum itu, beliau berkata amat yakin bahawa kerajaannya kekal memiliki sokongan sebagaimana diisytiharkan melalui Undi Percaya di Dewan Rakyat pada Disember 2022 lalu.


Beliau turut memuji negeri Pulau Pinang yang stabil politiknya dan pemimpin negeri boleh menumpukan usaha untuk menambah kebajikan kepada rakyat.


"Kerajaan Negeri Pulau Pinag bukan sahaja kukuh dan stabil. Matlamat kita kestabilan. Kestabilan itu akan membolehkan kita menjalankan program rakyat dan memberi faedah," katanya.


Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, Yang di-Pertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.


Rumah terbuka di Pulau Pinang ini menerima sambutan luar biasa dengan jumlah tetamu yang hadir dianggarkan sekitar 20,000 orang.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page