Taktik yang cuba digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri sejak beberapa bulan lalu ialah membayangkan akan berlaku pertukaran Kerajaan Persekutuan dan dengan itu rakyat digalakkan mengundi PN pada PRN agar Kerajaan Negeri dan Persekutuan daripada parti yang sama.
Namun bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, taktik tersebut tentunya tidak perlu lagi dipercayai rakyat apabila PN gagal dalam undi belah bahagian dalam sesi Dewan Rakyat pada 25 Mei lalu kerana PN tidak mampu memalukan Kerajaan Perpaduan.
"Kita tidak boleh nafikan ada kaitan antara PRN ini dengan kerajaan di peringkat Persekutuan, walaupun tak ada pilihan raya umum.
"Kita juga kena ingat penentuan Kerajaan Persekutuan itu, Ahli Parlimen yang jumlahnya tidak akan berubah selagi mana sokongan dan juga Kerajaan Perpaduan kekal
"Kalau pada pandangan dia mungkin buat belah bahagian begini, nak uji Kerajaan Persekutuan boleh beri kesan kepada PRN.
"Saya rasa ini ialah warm up kepada PRN sebenarnya," kata Syed Ibrahim kepada Suara Keadilan.
Menurut beliau lagi, meski pun PN berkata mereka mempunyai potensi untuk menang dalam PRN namun Kerajaan Perpaduan dijangka kembali menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
"Kita juga boleh beri saingan yang sengit di Kedah. Tidak kurang kita boleh dapat beberapa kerusi di Kelantan dan Terengganu. Jadi pendapat bahawa mereka akan pukul habis (sapu bersih) pilihanraya ini, itu syok sendiri.
"Sebenarnya lebih baik mereka tumpu buat kerja kempen awal dan fokus kepada jentera daripada buat cara remeh dan main mainkan proses di Dewan Rakyat," katanya.
Katanya, PN sedar tetapi mereka jadikan isu isu di parlimen sebagai satu taktik sensasi untuk menampakkan kepada rakyat seolah olah mereka sedang mencabar dan mempunyai kekuatan menghadapi PRN.
Comentários