Kajian terperinci perlu dibuat terhadap akta anti lompat parti


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa supaya membuat kajian terperinci dan menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan untuk menggubal akta anti lompat parti selepas berlaku Langkah Sheraton.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata kerajaan tidak boleh menolak mentah-mentah terhadap cadangan tersebut begitu sahaja kerana ia melibatkan mandat rakyat.


"Akta anti lompat parti ini mempunyai kaitan dengan soal keabsahan kerajaan dan demokrasi.


"Kita tidak mahu rakyat hilang kepercayaan kepada demokrasi pilihan raya," katanya ketika sesi penggulungan Menteri di Jabatan Menteri, Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat.


Pada masa sama, Syed Ibrahim menganggap akta anti lompat parti yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang boleh dijadikan contoh tetapi kajian menyeluruh tetap diperlukan sama ada ia boleh dilaksanakan di peringkat persekutuan.


"Kerajaan tidak boleh bergantung kepada undang-undang di peringkat negeri sahaja, sebaliknya kajian berkaitan lompat parti tetap diperlukan, sama juga seperti kajian mengenai keperluan pilihan raya mengejut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER