top of page

Kaji pendaftaran PADU di kawasan pedalaman, tiada talian telefon



Oleh: Abdullah Zaid


Senator Abun Sui Anyit menyarankan agar kerajaan memperhalusi kaedah pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kepada penduduk di kawasan pedalaman, terutamanya di Sarawak.


Biar pun menyambut baik inisiatif PADU namun Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak itu berkata, kekangan untuk mendaftar rakyat di pedalaman mempunyai masalah tersendiri kerana ketiadaan talian telefon bimbit.


"Kita menyambut baik PADU diusahakan oleh Kerajaan untuk mengelak kerugian kepada negara akibat rasuah dan ketirisan.


"Namun, talian telefon biasa wajib ada (di kawasan pedalaman) untuk menerima OTP daripada PADU. Jika talian telefon tiada maka nombor OTP tidak dapat diterima oleh pemohon," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Abun berpandangan syarikat telekomunikasi (telco) perlu segera memasang talian perkhidmatan mereka di semua tempat yang memiliki penduduk.


"Kementerian berkaitan perlu bertindak pantas menyediakan kemudahan telefon dan internet yang baik.


"Kita juga menasihatkan Kerajaan agar tidak terus menggunakan khidmat Flying Squad ke pedalaman jika masalah talian telefon dan internet ini tidak diselesaikan terlebih dahulu. Contohnya, di Long Busang mungkin sudah ada internet tetapi belum ada talian telefon bimbit.


"Sekiranya flying squad terus digunakan tanpa memastikan wujudnya talian telefon terlebih dahulu, ini akan menjadi satu pembaziran sahaja," ujarnya.


Tambah Abun, masalah talian perlu ditangani atau kerajaan boleh memikirkan kaedah lain yang lebih praktikal sebelum tarikh tutup pendaftaran PADU pada 31 Mac nanti.


"Jika tidak rakyat yang terkesan akibat kekangan ini akan terus tercicir mendaftar PADU, seterusnya tercicir dari menikmati subsidi dan program-program yang sepatutnya mereka layak mengikut kedudukan mereka dari segi ekonomi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page