top of page

Kaedah pemantauan diesel di Sabah bakal diwujudkan - KPDN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 1, 2024
  • 1 min read



Satu kaedah pemantauan melalui sistem bakal dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan diesel di Sabah.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan langkah itu selaras dengan dasar kerajaan yang akan melakukan penyasaran subsidi bermula tahun hadapan.


"Di Sabah kita perlu ada mekanisme kawalan yang khusus sebab di Sabah tahun depan pengguna-pengguna kita masih boleh mendapat subsidi diesel di stesen-stesen minyak sebab itu kita belum melaksanakan pengawalan itu (SKDS).


"Jadi kita akan buat mekanisme kawalan khusus untuk Sabah untuk mengurangkan ketirisan sebagai kaedah kebertanggungjawab di peringkat stesen-stesen minyak di negeri ini," katanya dipetik.


Armizan sebelumnya hadir merasmikan Program Fun Hike Keluarga Samat 2023, di Bukit Bendera, di Papar pada Ahad.


Sementara itu Armizan turut memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti penyelewengan sehingga menyebabkan ketirisan bahan api bersubsidi kepada rakyat di negeri ini.


"Saya ingin memberikan nasihat kepada mereka yang terlibat dalam penyeludupan, dalam penyelewengan bolehlah memulakan perniagaan baharu yang lebih berkat.

"Penyeludupan dan penyelewengan ini bagi saya adalah satu bentuk sabotaj kepada dasar kerajaan untuk memberi subsidi dan perlindungan kepada rakyat yang memerlukan.


"Jadi saya mengharapkan mereka menghentikan tindakan ini. Kita memantau, kita akan membuat penguatkuasaan besar-besaran tahun 2024, carilah rezeki yang lebih berkat tahun depan," tegasnya.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page