Kaedah bacaan meter TNB 'prorata' tetapi rata-rata rakyat marah




Kerajaan Perikatan Nasional dianggap gagal dalam menyelesaikan caj bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) melambung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan kecamukan itu berpunca daripada kelemahan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.


Menurut beliau, Dr Shamsul sehingga kini masih tidak mampu memberikan penjelasan memuaskan kepada rakyat berhubung kaedah pengiraan prorata TNB yang menyebabkan amaun bil elektrik melebihi daripada jangkauan penggunaan biasa.


"Dalam hal ini kerajaan seolah-olah sambil lewa dalam menangani masalah sehingga menyebabkan pengguna menerima kesan secara langsung.


"TNB perlu memberikan penjelasan kepada umum berkaitan kaedah pengiraan prorata kerana rata-rata rungutan adalah bil yang diterima pada kadar yang tidak munasabah.


"Saya ingin mencadangkan agar menteri berkenaan mula bertindak dengan memanggil semua pihak yang berkaitan duduk semeja bagi mencari solusi terbaik yang tidak membebankan


"Jika menteri lambat bertindak, semakin terbebanlah rakyat. Kalau beliau tidak mampu bertindak maka lebih baiklah berundur sahaja," kata Syed Badli dalam satu kenyataan.


Untuk rekod, sebelum ini Menteri Tenaga dan Sumber Asli pernah memberi arahan kepada TNB untuk memberi taklimat masalah bil elektrik melambung, namun sehingga hari ini tidak ada penyelesaian daripada pihak kementerian melainkan rakyat terpaksa membayar bil yang dikeluarkan.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio