top of page

Kadar pengangguran belia turun suku pertama 2023



Kadar pengangguran golongan belia pada suku pertama tahun ini turut 1% kepada 10.1% berbanding 11.1% bagi tempoh sama tahun lalu.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud (PH -Sepanggar) mendedahkan perkara itu semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.


Tambahnya, walaupun isu pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia itu dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia, namun kerajaan akan terus melakukan perancangan bagi menangani isu itu di negara ini.


"Mengambil kira kumpulan umur dalam proses transisi daripada alam pengajian kepada pasaran pekerjaan seterusnya melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan.


"Kerajaan akan terus merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya termasuk dalam kalangan belia di bandar dan di luar bandar," katanya.


Tambah Mustapha lagi, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga turut mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan tenaga kerja membabitkan kalangan belia.


Hal itu antaranya melalui platform MyFutureJobs yang menyediakan lebih satu juta kekosongan jawatan dan 148,000 kekosongan jawatan profesional.


Juga sebanyak 1,366 siri karnival kerjaya yang dilaksanakan di seluruh negara dan sehingga kini seramai 21,740 pencari kerja telah berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan dengan 78.1 peratus daripadanya adalah golongan belia.


Sementara itu, menyentuh mengenai prestasi graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam industri, beliau berkata sejumlah 99% majikan berpuas hati dengan kualiti dan prestasi pelajar berdasarkan statistik penilaian majikan yang dijalankan.


"KSM turut mempergiat usaha mengadakan program melalui Talent Corp dengan fokus pembangunan, kebolehpasaran bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page