top of page

Kadar panggilan terputus menurun, telco selesaikan isu teknikal



Oleh: Helmi Mohd Foad


Langkah Kementerian Komunikasi mengaktifkan fungsi "Call Reestablishment" (CRE) untuk liputan LTE700 dalam rangkaian 5G di semua rangkaian bermula Disember lalu berhasil menurunkan rekod isu panggilan terputus.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, terdapat syarikat telco merekodkan penurunan hingga 70 peratus meskipun masih wujud isu yang perlu diteliti bagi mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan.


"Kita lihat ada beberapa syarikat telekomunikasi menghadapi masalah teknikal dan kita telah minta mereka untuk kemukakan laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diteliti dan kita mahu pastikan masalah panggilan terputus ini tiada.


"Saya percaya mereka (syarikat telekomunikasi yang) terbabit akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan saya tegaskan isu dialami (ialah) isu teknikal … berbeza dan bukan daripada panggilan terputus yang dihadapi sekarang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini.


Ujian tersebut turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Bahagian Koordinasi SKMM negeri Bukhari Yahya.


Ujian tersebut dibuat melalui kaedah panggilan secara berulang dan panggilan secara berterusan di lapan lokasi melibatkan perjalanan sejauh 31 kilometer bermula dari Sungai Karang ke Felda Bukit Goh.


Turut serta wakil syarikat telco iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM) dan YES (YTL).


Pahang menjadi lokasi ketiga ujian itu dilaksanakan selepas Fahmi menyertai ujian yang dilakukan melibatkan perjalanan dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada 9 Januari lalu dan sesi kedua di Melaka River Cruise pada 26 Januari lepas.


Fahmi berkata hasil ujian di ketiga-tiga lokasi itu, pihaknya berpuas hati dengan mutu liputan panggilan dan masalah yang timbul hanya melibatkan isu teknikal yang perlu diperbaiki oleh telco.


Dalam pada itu, beliau berkata kadar liputan 5G di Pahang telah mencapai 65 peratus manakala 57 sekolah di negeri tersebut terlibat dalam pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 1 bagi menambah baik kualiti Internet menerusi gentian optik.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan dan SKMM dan penyedia perkhidmatan jalur lebar untuk kita teliti terutamanya bagi sekolah yang terlibat dalam projek PoP untuk pihak sekolah sendiri mendapat pakej yang lebih murah.


"Di beberapa kawasan sekitar sekolah yang mendapat fiber melalui PoP ada penyedia memberikan pakej Internet serendah RM39, ia sangat bermanfaat kepada penduduk sekeliling tetapi bagi sekolah ia masih lagi membebabkan," katanya.


Untuk itu jelas beliau, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk membolehkan projek PoP itu memberikan manfaat kepada seluruh sekolah.

Jelas beliau, pihaknya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai projek pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Parlimen Lipis termasuk DUN Jelai yang diwakili beliau.


"Dari segi fizikalnya menara itu siap menjelang Mac. Walaupun begitu proses itu 'on air' makan masa beberapa bulan tetapi kita minta pasang "micro wave" supaya rakyat dapat manfaat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page