top of page

Kabinet setuju tubuh RCI kes kedaulatan Batu Puteh



Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kata Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata penubuhan RCI itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mana cadangan keanggotaan suruhanjaya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.


"Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Akta berkenaan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat apa-apa perkara lain yang siasatannya pada pendapat Yang di-Pertuan Agong berfaedah bagi kebajikan awam.


Pada 14 November 2021, laporan menyebut Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menyemak semula tindakan dan isu perundangan berkenaan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page