top of page

Kabinet lulus projek pembesaran lapangan terbang P Pinang



Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada minggu lalu meluluskan cadangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika ditemui di Langkawi berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan yang dianggarkan menelan kos melebihi RM1 bilion.


"Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender," katanya dipetik selepas hadir merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Mat Sirat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata akan mempercepat proses pembesaran lapangan terbang itu.


Keputusan itu bagi menampung jumlah penumpang di LTAPP yang semakin bertambah.


Malah dalam satu acara di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu, Anwar turut menggesa agar semua projek penyelenggaraan dan penambahbaikan di pintu masuk negara, meliputi Lapangan Terbang serta pelabuhan disegerakan juga untuk menampung kehadiran pelancong yang semakin bertambah.


Sementara itu Loke ketika mengulas projek pembesaran LTAPP berkata, kerajaan berharap keseluruhan projek pembesaran Lapangan Terbang itu dapat dimulakan pada tahun ini dan siap dalam tempoh kira-kira empat tahun.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page