
Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menetapkan 28 Menteri berbanding 32 dalam kabinet PM Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Datuk Seri Anwar dalam ucapannya berkata, kabinet tersebut dilantik berdasarkan prinsip yang diterima pakai untuk merangkul semua kekuatan induk parti parti komponen dalam kerajaan.
"Jemaah menteri ini adalah jemaah menteri kerajaan perpaduan. Maka ada beberapa prinsip yang diterima pakai untuk merangkul semua kekuatan induk dan dukungan berikutnya.
"Kekuatan induk adalah Pakatan Harapan (PH) yang mencatat jumlah undi (popular) terbanyak dan ahli parlimen terbesar. Diikuti oleh BN yang memilih untuk bersama dan GPS Sarawak.
"Ketiga tunggak ini telah berpakat untuk membentuk jemaah menteri tetapi menetapkan beberapa dasar utama tatakelola yang baik dan keutamaan memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan beban rakyat dari segi kos sara hidup," katanya.
Pada masa sama, Anwar juga mengumumkan Kerajaan Perpaduan akan menjadi kukuh dengan pelantikan Menteri kabinet yang disebutkan dan menjadi kekuatan sekitar 2/3 di Dewan Rakyat.
"Ini bermakna kekuatan Kerajaan Perpaduan dalam parlimen mencecah sekitar 2/3. Dengan mandat ini ia memberi keyakinan membentuk jemaah menteri yang mampu berkerja dalam satu pasukan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang segar serta menumpukan perhatian kepada masalah rakyat," katanya.
Berikut adalah senarai menteri yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat dalam kabinet Kerajaan Perpaduan:
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (juga Menteri Kewangan)
TPM1 dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Zahid Hamidi
TPM2 dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerjaraya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Wanita: Datuk Seri Nancy Shukri:
Menteri KPDNHEP: Datuk Salahuddin Ayub
Menteri JPM (Undang undang): Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan: Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Mohd Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan: Ago Dagang
Menteri Agama: Datuk Dr Naim Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri Sumber Manusia: V. Sivakumar
Menteri JPM (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali.
Comments