top of page

Jumlah kematian Covid 19 boleh cecah 29,000, PN perlu fikir langkah atasi krisis


Jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengandaikan kematian akibat pandemik Covid 19 di Malaysia boleh mencecah 29,000 orang dalam tempoh 3 bulan ke hadapan perlu diambil serius oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin berkata, satu langkah tegas perlu diambil bagi mengelakkan Malaysia menghadapi malapetaka terburuk sebagaimana diramalkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut.


Katanya, kematian semasa akibat jangkitan Covid 19 pada 2 Jun lalu,126 orang sehari, telah cukup tinggi dan negara tidak mahu menghadapi angka yang lebih tinggi daripada itu.


Biar pun perkiraan WHO dibuat sebelum lockdown dilakukan namun kerajaan PN tetap perlu menghindari hal terburuk daripada berlaku.


"Menurut WHO seperti yang dilaporkan oleh Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, saintis membuat jangkaan kematian rakyat Malaysia akàn mencecah 26,000 orang dalam tempoh 3 bulan. Unjuran ini dikaji melalui data jangkitan Covid 19 dan kadar kematian.


"Ada baiknya kerajaan mengambil hasil kajian ini untuk menetapkan dasar dan langkah yang boleh diambil bagi mengelak wabak berlarutan dan mengorbankan lebih banyak nyawa


"Kadar jangkitan Covid 19 terhadap kanak-kanak jugà sangat membimbangkan. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah kanak-kanak yang dijangkiti dari umur 0 - 17 tahun adalah sebanyak 82,341 orang," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Malaysia itu, kerajaan bukan sahaja perlu mengambil kira jumlah kematian akibat jangkitan Covid tetapi juga jumlah rakyat yang membunuh diri lantaran tidak berdaya menanggung kesengsaraan ekonomi.


Begitu juga kematian penunggang motosikal penghantar makanan yang jumlahnya hampir 3,000 orang sepanjang tempoh pandemik.


Namun perkara yang paling dipertikaikan, kata Junaida, adalah angka kematian Covid yang hanya sekitar 500 orang ketika darurat diisytihar tetapi hari ini telah mencecah 2,993 orang, iaitu peningkatan sebanyak 539.3%.


"Apa yang boleh rakyat harapkan dari kerajaan PN yang lemah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkecamuk dan celaru? Ternyata perintah darurat yang diumumkan oleh PM tidak membawa kebaikan malah kadar jangkitan Covid 19 bertambah sebanyak 448,941 kes membawa kenaikan sebanyak 424.8% .


"Saya antara jutaan rakyat marhaen yang memerhati gerak geri kerajaan. Kita tidak perlukan kepakaran yang tinggi untuk menilai kredibiliti kerajaan ini. Cukup dengan angka kes positif, dengan perintah darurat dan Parlimen tidak dibuka


"Keadaan akhirnya memburuk. Pendidikan, ekonomi, kesihatan dan lain-lain masalah membelit rakyat dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Kadar kenaikan harga barang yang tidak terkawal, pengangguran, hilang punca pendapatan dan berbagai lagi derita yang membawa kepada pertambahan kadar kemurungan rakyat mencecah setengah juta orang.


"Kadar bunuh diri jugà bertambah 20% berbanding tahun 2019. Berlegar di dada akhbar seorang ibu nekad membunuh diri bersama anak-anak. Tidakkah 70 orang menteri punya hati dan perasaan membiarkan semua ini berlaku?" tanyanya.


Tambah membimbangkan, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak itu, ketika rakyat dikurung di rumah, sektor pengilangan pula dibenarkan beroperasi sedangkan sektor industri adalah penyumbang 40% jangkitan Covid 19 di seluruh negara


Sehubungan itu, Junaida menyeru agar kerajaan PN tidak terus berpusing-pusing dalam situasi yang semakin rumit. Beliau menyarankan Parlimen segera dibuka supaya Ahli-ahli Parlimen boleh berbincang untuk mencari solusi terbaik menangani Covid 19 setelah 70 orang menteri dan timbalan menteri gagal total mengawal keadaan.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page