top of page

Jual aset TH: Mahkamah tolak saman atas Mujahid, tohmahan pemimpin Pas makan diri



Kemenangan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini apabila Mahkamah Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman pemimpin Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani dalam isu kononnya Mujahid menjual aset milik Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam merupakan bukti kukuh pemimpin Pas tidak layak lagi bercakap mengenai akhlak dan agama.


Menurut Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Terengganu, kemenangan terbaharu ini juga merupakan rentetan kes kes saman yang mana pemimpin Pas kalah terhadap pimpinan Pakatan Harapan apabila berdepan undang undang.


"Terdahulu sudah banyak kes saman fitnah pimpinan Pas yang dibicarakan di mahkamah di mana hampir semua memihak kepada pimpinan PH yang tidak putus-putus ditohmah oleh Pas berhubung pelbagai isu.


"Melihat perkembangan terbaharu ini rakyat harus disedarkan bahawa Pas tidak mewakili ajaran lslam sebenar. Bahkan mereka adalah golongan perosak agama yang sanggup menunggang ajaran lslam yang suci untuk mencapai cita-cita politik," kata kenyataan itu.


Justeru, kata KEADILAN Kemaman lagi, rakyat yang taat kepada ajaran Islam seharusnya menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini


Rakyat, kata kenyataan itu lagi, seharusnya mempertahan kesucian Islam dengan merehatkan pimpinan Pas daripada terus berkuasa dan menabur fitnah.


Susulan penolakan saman oleh Mahkamah Mahkamah Sesyen Shah Alam itu, Ahmad Dusuki diperintahkan membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page