top of page

JPRC Selangor mantapkan strategi, fokus pertahan negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 25
  • 1 min read

Pengerusi JPRN Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (hadapan, tengah) mempengerusikan mesyuarat
Pengerusi JPRN Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (hadapan, tengah) mempengerusikan mesyuarat

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Negeri Selangor selesai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Cabang (JPRC) Bil. 1/2025 bagi memastikan parti terus tersusun, progresif serta relevan dalam mendepani cabaran politik semasa.


Mesyuarat yang turut disertai Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor itu memberi tumpuan kepada pelbagai isu termasuk usaha meningkatkan kecekapan operasi dan persiapan jentera, sama ada menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).


Pengerusi JPRN Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan pada mesyuarat tersebut telah menegaskan bahawa kemenangan parti hanya akan tercapai melalui kesepaduan, disiplin dan kejujuran seluruh pimpinan serta anggota jentera.


"Persediaan mantap dan keberkesanan operasi mesti sentiasa menjadi keutamaan.


"Dengan semangat kolektif, KEADILAN Selangor akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk memastikan kejayaan parti," katanya.


JPRN dalam kenyataannya turut menegaskan, kehadiran penuh pimpinan JPRC dan JPRN pada mesyuarat itu mencerminkan iltizam KEADILAN untuk terus mempertahankan Selangor sebagai benteng utama parti dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page