top of page

JPN nafi 54,000 warga China dalam proses jadi warganegara Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 18, 2023
  • 1 min read


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan tohmahan di media sosial kononnya 54,000 warga China sedang dalam proses untuk menjadi warganegara Malaysia.


Menurut JPN, isu itu dimanipulasikan daripada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa beliau berucap dalam sidang media sempena lawatan kerja rasminya ke jabatan itu pada 9 Januari lalu.


Dalam sidang media selepas lawatan itu, kata JPN, kenyataan Saifuddin sebagai Menteri yang baharu ialah memutuskan sama ada lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan setelah sekian lama tertunggak tanpa dibuat sebarang keputusan.


"Jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari 2017 sehingga 2022.


"Ia meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan serta negara asal," kata JPN dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, tular di media sosial mengenai tohmahan "54,000 warga China dalam proses warganegara pengundi DAP" dan hantaran di media sosial tersebut memetik kenyataan Saifuddin.


Tambah JPN, berdasarkan rekod jabatan berkenaan dari 2019 hingga 31 Julai 2023 lalu, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal).


JPN menegaskan permohonan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.


Menurut jabatan itu, permohonan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang itu memenuhi syarat diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.


"JPN berharap ini dapat menjelaskan kekeliruan dan keresahan orang ramai. Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.


"Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin," kata kenyataan itu lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page