top of page

Johor perlu isytihar 19 November cuti umum hari mengundi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 11, 2022
  • 1 min read

Updated: Nov 12, 2022


ree

Hari mengundi yang jatuh pada Sabtu, 19 November ini perlu diisytiharkan sebagai cuti umum hari mengundi bagi seluruh negeri Johor.


Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi berbuat demikian sebagaimana negeri negeri yang ditadbir Pakatan Harapan telah mengisytiharkan cuti umum pada Jumaat 18 November untuk memudahkan pengundi membuat persiapan membuang undi pada keesokkannya.


"Saya Hassan Abdul Karim calon Pilihan Raya Umum di Parlimen Pasir Gudang menyeru Kerajaan Negeri Johor supaya mengisytiharkan Sabtu 19 November 2022 hari mengundi sebagai cuti umum," katanya.


Biar pun DUN Johor tidak terlibat dalam PRU kali ini, kata Hassan, cuti mengundi pada hari tersebut penting bagi memberi kelegaan kepada pengundi agar tidak ada majikan swasta terutamanya yang bekerja, dan pekerja tergesa gesa kembali bertugas selepas membuang undi.


"Cuti umum ini bagi membolehkan semua pengundi, sama ada di sektor awam atau sektor swasta keluar mengundi dengan selesa dan tenang," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page