top of page

Johari saran wujudkan peruntukan khas Speaker DUN



Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan semua Kerajaan Negeri memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).


Tan Sri Johari Abdul berkata, peruntukan khas melalui bajet negeri masing-masing itu sebagai usaha memastikan aktiviti merakyatkan DUN berjalan lancar.


"Jadi kalau boleh Kerajaan Negeri berikan sedikit (peruntukan khas) ini...cadangan saya letak dalam bajet negeri," katanya dipetik selepas mengadakan lawatan kerja ke DUN Perlis di Kompleks DUN di Kangar pada Khamis.


Sementara itu jelasnya, isu peruntukan khas kepada Speaker DUN itu juga akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia Tahun 2024 di Sarawak pada September ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Johari membidas sikap sebilangan Ahli Parlimen yang dikenal pasti tidak membahaskan sesuatu isu tertentu dan tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat semasa isu tersebut dibahaskan namun kemudian mengulas isu itu di luar melalui media sosial dengan menggambarkan dirinya hadir ketika perbahasan.


Beliau berkata perbuatan Ahli Parlimen itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan kini mereka yang terbabit sedang dalam pemerhatiannya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page