top of page

JKR Sabah perlu jelaskan kelewatan projek jambatan di Nabawan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diminta memberi penjelasan berhubung kerja pembinaan jambatan di persimpangan masuk ke pekan daerah Nabawan di Pensiangan.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, permintaan itu susulan pihaknya menerima keluhan penduduk tempatan di situ mendakwa projek pembinaan jambatan berkenaan masih belum bermula.

ree
Projek sepatutnya berjalan mengikut tarikh

"Masyarakat tempatan kecewa dengan kerajaan kerana gagal memulakan kerja pembinaan jambatan.


"Syarikat kontraktor sudah dilantik dan sepatutnya sudah memulakan kerja pembinaan pada 25 Mac lalu dan (dijangka) siap pada 25 September tahun 2025.


"Ia seperti maklumat yang tertera dalam papan tanda yang didirikan di tapak pembinaan di situ," ujarnya dalam satu kenyataan.


Berikutan projek yang belum dimulakan itu, Raymond menegaskan, pihaknya membuat permintaan kepada JKR kerana tidak mahu nama baik Kerajaan Perpaduan tercalar.


"Kita tak nak nama Kerajaan Perpaduan tercalar atas sebab-sebab seperti itu.


"Baru-baru ini juga ada kes air paip di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peruntukan sudah disalurkan oleh Kerajaan Pusat tetapi masalah air masih berlaku lagi di pusat pengajian tersebut," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page