top of page

JKOM komited bina pemikiran rakyat berasaskan nilai MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31
  • 1 min read

ree

Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus komited membina pemikiran rakyat berasaskan nilai-nilai MADANI bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, beretika dan bersatu padu.


Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop (gambar) berkata, jabatan itu bukan sekadar menjadi jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, tetapi turut memperkasa kefahaman masyarakat terhadap dasar kerajaan melalui pendekatan komunikasi strategik berteraskan nilai kemanusiaan.


"JKOM ialah jambatan komunikasi bagi memastikan dasar dan aspirasi kerajaan difahami secara tepat dan inklusif oleh masyarakat, khususnya generasi muda.


"Dalam masa yang sama membina pemikiran rakyat berasaskan nilai MADANI iaitu ihsan, hormat, tanggungjawab dan integriti," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ukhuwah MADANI – Gerakan Mahasiswa Moden: Intelektual, Kritis & Progresif di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, pada Khamis.


Ismail sementara itu menjelaskan, dalam dunia pasca normal yang sarat dengan maklumat dan ketidaktentuan, JKOM mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja celik akademik tetapi juga celik nilai.


"Mahasiswa intelektual berfikir dengan ilmu bukan emosi, mahasiswa kritis berani bersuara dengan adab dan fakta, manakala mahasiswa progresif berpandangan jauh serta berani mencipta peluang dalam dunia baharu.


"Apabila tiga nilai ini digabung dengan ihsan, hormat dan tanggungjawab, maka lahirlah generasi belia MADANI yang matang berfikir, celik maklumat dan berani membentuk masa depan negara," tambahnya.


Program Ukhuwah MADANI merupakan inisiatif bersama JKOM dan UiTM yang berperanan sebagai platform pendidikan tidak formal untuk mahasiswa mendalami isu kenegaraan, memupuk nilai patriotisme dan memperkukuh semangat perpaduan nasional.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page