top of page

Jika tiada majoriti kerajaan perpaduan mungkin menjadi pilihan?


Peletakkan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin petang ini meninggalkan lompang kuasa dalam politik Malaysia.


Hal ini kerana tiada blok perikatan politik yang mempunyai majoriti mudah untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk kerajaan.


Blok yang mungkin memiliki majoriti lebih baik berkemungkinan Pakatan Harapan dengan kerjasama PH Plus melibatkan Warisan, Pejuang, Muda, UPKO, Parti Sarawak Bersatu, Bebas dan kemungkinan beberapa Ahli Parlimen yang telah melompat kepada Perikatan Nasional tetapi pulang ke pangkal jalan.


Namun bagi penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, sekiranya tiada majoriti, kerajaan baharu masih boleh membuat perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) kepada Ahli-ahli Parlimen yang berpotensi.


"Ini bererti wujudnya kerajaan minoriti. Untuk mengukuhkan kerajaan, tindakan terbaik ialah PM tawarkan CSA sepertimana yang PM Tan Sri Mahiaddin tawarkan kepada pembangkang 3 hari lepas," katanya dalam catatan di Facebook.


Namun pilihan yang lebih baik, menurut beliau ialah dengan membentuk kerajaan perpaduan dengan beberapa buah parti yang sebelum ini memerintah dijadikan sekutu.


"Jika tidak, PM ada pilihan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan rentas parti. Ini lebih praktikal," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page