'Jika PM Ismail enggan tukar Azam Baki, elok tukar Datuk Seri Anwar jadi PM'



Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seolah olah telah dilupakan oleh rakyat dan media massa.


Apatah lagi tiada pengumuman siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa relevan yang mana laporan terhadap Azam Baki telah dibuat.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, kes Azam Baki tersebut tidak mustahil akan disenyapkan begitu sahaja selepas ini.


Beliau tertanya tanya mengapakah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak melantik Azam ke jawatan Ketua Pesuruhjaya, begitu susah untuk mencadangkan penyingkiran atau siasatan terperinci ke atas pegawai tinggi SPRM tersebut.


"Itulah (keengganan PM) yang sepatutnya kita lontarkan supaya rakyat menilai


"Rakyat perlu menilai apabila rasuah dipertahankan oleh orang nombor satu negara, maka PM ini haruslah diganti.


"Lain kali, pasukan PM ini harus diteliti oleh rakyat (kredibiliti) dan jangan naikkan orang macam ini sebagai pemimpin kita.


"Kalau mereka mempertahankan rasuah Azam Baki, maka rakyat harus menilai dengan baik. Saya cadangkan rakyat tolak siapa pun yang terpalit dengan rasuah (dalam pilihan raya)," kata Abun Sui.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, PM tidak akan menemukan satu alasan dalam mempertahankan Azam yang telah mengaku beliau mempunyai akaun digunakan adiknya untuk membeli saham.


Azam Baki, katanya, harus disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Khas dan didakwa sekiranya perlu.


Tambah Abun Sui, sekiranya PM Ismail berkeras enggan mendengar tuntutan rakyat maka dalam Pilihan Raya Umum ke 15 seluruh pasukan PM mestilah ditukar dengan mengangkat pasukan yang lebih bersih di bawah pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim


"Sekarang pilihan terletak pada tangan rakyat.


"Bagi saya calon terbaik (sebagai PM) Datuk Seri Anwar yang bersih dan tidak ada rasuah. Saya meminta rakyat menyokong Anwar dan pasukan Anwar untuk memulihkan negara ini," katanya lagi.


Azam Baki menjadi liabiliti kepada pentadbiran PM Ismail apabila beliau satu satunya pegawai tinggi dan bukan ahli politik yang seolah olah sukar untuk diambil tindakan.


Sehingga kini berpuluh puluh aktivis telah disiasat polis hanya kerana menyuarakan bantahan dalam tunjuk perasaan menuntut Azam meletak jawatan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER