top of page

Jika PH - Umno bergabung, Akta Lompat Parti lulus - Abdullah Sani



Spekulasi Pakatan Harapan (PH) dan Umno akan bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan pasti menggusarkan Perikatan Nasional.


Namun bagi rakyat, senario itu merupakan satu rahmat kepada demokrasi Malaysia kerana tidak akan berlaku lagi lompat parti dan wujud sebuah kerajaan yang stabil.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, kerajaan baharu nanti pasti akan meluluskan Akta Anti-lompat Parti yang akan mengenakan hukuman tertentu kepada sesiapa yang didapati menukar sokongan selepas berlakunya pilihan raya umum.


"Kalau kita dapat 2/3 (majoriti di Parlimen) nanti, kalau Umno bersama-sama kita mentadbir kerajaan baharu maka kita akan buat Akta Lompat Parti.


"Habis lingkup semua haram jadah ini (Ahli Parlimen ingin melompat) tak akan lagi melompat, tiada lagi katak. Lompat katak, lompat kijang, lompat kanggaru tiada. Yang ada hanyalah kejujuran dalam perjuangan.


"Adakah (akta) ini zalim? Ini tidak zalim. Kerana mana ada manusia, katakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri. Tanya diri sendiri, menang di Pagoh tiket siapa, tiket KEADILAN. Siapa tandatangan watikah? Kak Wan (Azizah) yang tandatangan. Itu pun berlaku pengkhianatan, tidak memikirkan penghargaan kepada orang bagi menang di situ, dan dia telah menjahanamkan mandat yang diberikan," kata Abdullah dalam siaran langsung Facebook Borak Dahsyat bertajuk: "PH, Umno: Bersediakah ke Medan Juang?", malam tadi.


Ditanya mengenai kewujudan perancangan pengkhianatan, sama ada beliau telah mencium riaknya sejak awal sebagaimana dalam kalangan pembangkang pada waktu itu yang mengadakan siri pertemuan rahsia dengan Tun Mahathir, Abdullah mengakui beliau telah mengesan 'kebusukan' itu dan telah pun memberi amaran kepada parti.


"Saya nampak pengkhianatan dalam KEADILAN pada peringkat awal bermula (sebelum PRU). Saya sebenarnya dari (Parlimen) Kuala Langat tetapi 13 hari sebelum pengundian di buat (waktu hampir penamaan calon), datang satu gerombolan bekas Timbalan Presiden KEADILAN, kononnya kalau Abdullah Sani kekal di Kuala Langat, kita akan sabotaj pilihan raya.


"Hantar saya ke Kapar. Saya tak pernah derhaka kepada Anwar. Itu prinsip saya. Pergi ke Kapar, saya akur walaupun hanya ada 13 hari. Ini perancangan, dan kumpulan ini sekarang semuanya pergi kepada Bersatu.


"Ini dipanggil 'perancangan celaka'. Akhirnya ranap mandat rayat," katanya.


Bagaimanapun, Abdullah tidak bersetuju terhadap laporan media menyatakan KEADILAN goyang akibat pengkhianatan terbaharu 3 anggota Parlimen sejak sebulan lalu.


Katanya jika pengkhianatan mampu menggoyangkan parti, mengapakah keahlian bertambah sekitar 100,000 ahli setelah berlakunya Langkah Sheraton pada Februari 2020?


"Goyang apa, lagi bertambah kuat! KEADILAN ini dari segi kemasukan ahli baru tiap-tiap bulan berbelas ribu. Sejak Langkah Sheraton berbelas ribu orang masuk petandanya apa?


"Maknanya mereka bersyukur bekas Timbalan Presiden itu keluar. Itu memang tak boleh pakai.


"Dan saya tidak terperanjat (Ahli Parlimen) Indera Mahkota keluar, Bandar Tun Razak keluar. Sebab itu pengikut dia yang di bawah warload dia.


"Individu ini telah diaturkan sebagai menteri. Parti hantar nama orang lain, Mahathir pilih orang lain. Kerana dia nak memperkukuhkan yang akan menjadi pengkhianat.


"Saya secara jujur yang mana telah diuji pada 2009, mereka ini telah banyak mengalami ujian (dan akan terus setia). Alhamdulilah setakat pada hari Selasa lalu, saya yakin tidak akan berlaku (lompatan seterusnya) 10 orang, 6 orang (dan ramalan lain) yang orang Utara panggil 'bedaah', penipu. Mereka nak buat retorik.


"Mereka cuba mainkan sentimen kononnya Anwar tak relevan, oleh itu kami semua keluar. Kamu keluar sebab ada habuan. Kamu tak ada kepentingan untuk mengangkat mandat rakyat," katanya lagi.


Dalam pada itu, Abdullah mengimbau kembali sikap 'celupar' beliau pada 2018 menyerang Tun Mahathir bukan kerana mahu memecahbelahkan Pakatan Harapan tetapi telah membaca perancangan jahat untuk menghuru-harakan KEADILAN oleh puak bertentangan.


Abdullah terkenal lantang mengkritik Mahathir, Azmin Ali dan Daim Zainuddin dalam kempen pilihan raya parti pada pertengahan 2018. Kritikannya hanya reda apabila Ketua Umum KEADILAN ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan serangan menyentuh Tun Mahathir dihentikan.



.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page