top of page

Jika parlimen tidak bersidang kerana Covid maka tidak ada lagi sidang sepanjang pandemik - PH


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa tidak menggunakan alasan jangkitan Covid 19 di Parlimen untuk menangguhkan sidang pada Isnin ini bagi membahas dan mengundi pengungkaian Ordinan Darurat sebagaimana dititah oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai lalu.


Menurut kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang tadi, sekiranya alasan Covid digunakan maka tentunya Parlimen sukar untuk bersidang lagi sehingga pandemik berakhir.


Majlis Presiden turut menegaskan dapatan Kementerian Kesihatan bahawa kadar positif Covid 19 di Parlimen adalah sebanyak 0.9%, manakala nilai ambang (threshold) yang disaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah 5%.


"Ini bermaksud tidak ada jumlah kes positif Covid-19 yang signifikan di Parlimen sepanjang minggu lalu.


"Jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada 1%, Parlimen berkemungkinan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya Covid-19 akan terus berada di dalam masyarakat (endemic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.


"Kami juga memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini," kata mereka dalam satu kenyataan.


Tegas Majlis Presiden lagi, Ketua Pengarah Kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


"Walau apapun yang berlaku, Ahli-Ahli Parlimen tidak boleh dihalang dari hadir ke Parlimen pada hari Isnin ini untuk melaksana tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, serta melaksana sumpah yang telah kami angkat iaitu untuk memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.


"Tan Sri Mahiaddin wajib mendengar suara rakyat yang mahu titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijunjung dengan membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen pada Isnin ini," kata mereka.


Khamis lalu, sidang Dewan Rakyat ditempohkan sebanyak empat kali. Salah satu alasan yang digunakan ialah terdapat sejumlah kes positif Covid-19 di Parlimen, yang menyaksikan semua yang berada di bangunan itu dihalang keluar dan diarah melakukan ujian saringan Covid-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kemudian memaklumkan bahawa 1,183 orang telah disaring di mana 11 didapati positif Covid-19. Dari 11 ini, 1 membuat saringan RT-PCR manakala 10 yang lain membuat saringan RTK.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page