top of page

'Jika menteri tidak minat jalankan tugas, pilihlah kerjaya lain' - Faizah



Pandemik Covid 19 yang menekan kehidupan rakyat seharusnya ditangani sebaik-baiknya oleh menteri-menteri kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin, tidak ada gunanya menteri PN masih memegang jawatan tetapi rakyat tidak mendapat pembelaan, keganasan rumahtangga menjadi-jadi serta kesenjangan ekonomi semakin parah.


Beliau juga mengkritik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, yang tampil dengan imej baharu tetapi menggunakan waktu serta ruang pejabatnya untuk sesi fotografi.


"Baru-baru ini kita ditularkan pelbagai berita gangguan seksual penjawat awam kepada wanita, penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Golongan ibu tunggal juga antara yang teruk terkesan. Apakah wujud dasar terkini atau program-program khas untuk mereka dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?


"Menteri berkenaan (sebaliknya) dilihat sibuk menjalani sesi pengambaran serta memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pejabat rasmi.


"Sepatutnya menteri menggunakan pejabat berkenan untuk mengadakan sesi perbincangan membantu (meringankan) beban rakyat dengan pihak terlibat," katanya.


Menurut Faizah, sekiranya Rina lebih berminat untuk memperagakan fesyen maka seharusnya beliau meletak jawatan


Katanya, menteri itu bebas memilih kerjaya baharu yang tidak lagi perlu memikirkan soal jerih perih rakyat.


"Jika menteri tersebut sudah hilang minat dengan tugas yang diamanahkan, saya cadangkan beliau letak jawatan dan boleh mencuba nasib dalam bidang peragaan atau pengacara TV.


"Tugas itu nanti tidak perlu memikirkan masalah kesusahan rakyat dan kawasan yang diwakili," katanya lagi.


Tambah Faizah, semua perkara yang tidak menguntungkan rakyat ini berlaku kerana negara ditadbir kerajaan pengkhianat yang tidak dilantik atas mandat rakyat.


Katanya, pengkhianatan tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada rakyat, malah memberikan tekanan kepada apabila sang pemerintah lebih memikirkan kepentingan sendiri dan lapar kuasa berbanding perut rakyat yang kebuluran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page