top of page

Jika menang di Sungai Buloh Ramanan janji derma semua gaji kepada rumah ibadat



Parlimen Sungai Buluh yang memperlihatkan pertempuran sengit antara Pakatan Harapan (PH) menghadapi BN dan PN membuka tirai kempen besarnya pada malam tadi.


Dalam ceramah di tapak pasar malam Paya Jaras itu, calon PH Sungai Buloh, Datuk Ramanan Ramakrishnan mahu penduduk parlimen Sungai Buloh memperolehi perkhidmatan terbaik sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat.


Oleh itu beliau berjanji akan mendermakan kesemua gajinya untuk rumah ibadat pelbagai kaum di kawasan itu agar urusan pemberian peruntukan lebih mudah.


"Ikhlasnya saya nak berkhidmat, gaji saya sebagai Ahli Parimen saya tak ambil seringgit pun. Duit itu akan diberi balik kepada penduduk Sungai Buloh untuk diberi kepada masjid, surau, kuil dan tokong.


"Kita tak perlu jadi Menteri untuk bekerja. Selama ini negeri Selangor ada YB Satiri, YB Khairudin (ADUN di Parlimen Sungai Buloh). Kita tak perlu Menteri, kerajaan negeri Selangor masih jalan," katanya mengingatkan parti lawan yang berbangga bekas Menteri Kesihatan dari Umno, Khairy Jalamuddin dicalonkan di parlimen berkenaan.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu sebaliknya mengingatkan pengundi di Sungai Buloh untuk tidak termakan propaganda kononnya Khairy memilih untuk berkhidmat di parlimen itu.


Datuk Ramanan bersama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet) dalam ceramah memperkenalkan calon

Jelasnya, Khairy tidak pernah memilih atau diberi pilihan tempat bertanding, sebaliknya ditendang oleh pemimpin kanan Umno ke Sungai Buloh sebagai calon pada hari hari terakhir sebelum penamaan calon.


"Kita tengok saudara Khairy ini, dari Rembau dia dihantar ke Kuala Pilah, di Kuala Pilah tidak diterima, dia dihantar ke Tampin. Tampin pun tidak diterima. Lepas tu keluar berita nak pergi Alor Gajah. Sekarnag sampai Sungai Buloh.


"Dia bukan pilih Sungai Buluh. Bukan diberi pilihan (tempat bertanding) 1,2,3,4. Bukan. Tak ada Sungai Buloh dia tak ada kerusi. Jangan kita fikir dia datang sini.


"Ssebaliknya saya bukan orang baru di Sungai Buluh. Saya dilatih oleh ahli parlimen sini (Datuk Murugesan) pada 1999 - 2008. Saya belajar banyak dari dia. Saya juga sudah berkhidmat di sini dengan sahabat baik saya YB Shatiri dan YB Khairuddin," katanya.


Dalam pada itu Ramanan turut membariskan perancangannya sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat Sungai Buloh.


Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah penjaja, tanah dan bagi anak muda akan membina super sport centre di parlimen berkenaan.


"Apa yang saya nak buat di sini. Saya janji apa yang saya mampu buat. Saya akan berusaha baiki jalan yang kurang elok, insfrastruktur. Saya ronda baru ini, masuk pendalaman saya lihat ada peniaga kecil yang tidak teratur. Kita kena buat balik bagi mereka (kemudahan lebih baik). Juga akan menyelesaikan masalah tanah.


"Untuk anak muda, rancangan saya untuk membina satu super sport centre. Ini semua mampu kita buat.


"Apa tujuan super sport centre ini? Saya tengok banyak anak muda tak boleh main takraw, badminton, futsal. Jadi kita akan bina. Saya tengok anak muda suka online game main di warung, di rumah. Kita akan sediakan satu tempat di mana mereka semua boleh main.


"Semua ini ditambah atas manifesto PH yang sedia untuk seluruh Malaysia," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page