top of page

Jika berprinsip Syed Saddiq wajar kosongkan kerusi Muar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 11, 2023
  • 2 min read


Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membicarakan persoalan prinsip lalu membawa keluar parti Muda daripada gabungan Kerajaan Perpaduan dicabar untuk membuktikan beliau berprinsip.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak berkata, Syed Saddiq sekiranya menjunjung prinsip sewajarnya mengosongkan kerusi parlimen Muar kerana beliau menang di situ pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan undi penyokong PH.


"Umum mengetahui kerusi Parlimen Muar yang dimenangi olehnya disumbang oleh kekuatan sokongan, jentera dan pengaruh dari PH yang memeterai electoral pact dengan Parti Muda.


"Ini jelas terbukti pada poster dan bahan kempen beliau sewaktu bertanding di Parlimen Muar pada PRU15 yang lalu diselitkan sekali logo PH, serta kekalahan memalukan sehingga hilang deposit selepas Muda mengambil keputusan bertanding secara solo dan tidak lagi melakukan electoral pact bersama PH dalam PRN (Ogos lalu).


"Menyedari duluan (precedent) yang pernah berlaku seperti peristiwa Tan Sri Shahrir Samad yang pernah mengosongkan kerusi Parlimen Johor Bahru selepas dipecat daripada UMNO kemudian bertanding semula sebagai Bebas dan menang pada tahun 1988, Syed Saddiq digesa melakukan perkara yang sama," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Haziq lagi, Muda tidak pernah mempunyai kekuatan sendiri untuk menang di kerusi Muar dan penarikan parti itu untuk bergerak sebagai the third force bersama pembangkang seharusnya di atas kekuatannya sendiri, bukan dengan menumpang kekuatan PH.


"Ini penting kerana kemenangan beliau di Parlimen Muar bukanlah atas kapasitinya sendiri atau Parti Muda sebagai third force tetapi atas semangat Parti Muda sebagai electoral pact bersama PH.


"Kegagalan beliau mengosongkan kerusi adalah tindakan menculik kerusi Parlimen Muar dengan menjadikannya sebagai third force serta satu pengingkaran terhadap mandat rakyat di Parlimen Muar yang memilih Parti Muda sebagai electoral pact bersama Pakatan Harapan," katanya.


Syed Saddiq mengumum menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan semalam dengan alasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes yang dikatakan berlawanan dengan prinsip perjuangan parti itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page