Oleh: Noraini Nordin
ANALISIS: Bulan Januari 2024 sudah mencecah minggu ke tiga untuk tahun ini.
Apalagi yang kalian khayalkan? Saranan saya berhentilah bersosek sosek, mengigau, berangan serta bermimpi yang kalian (pembangkang) bakal 'merampas' Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PMX.
Sudah pelbagai tarikh kononnya untuk majlis angkat sumpah direka-reka. Akhirnya ternokhtah dengan sendiri.
Jika benar sayangkan rakyat ayuh bersama kami membantu PMX membina negara untuk lebih gemilang.
Contoh 'angan-angan ' yang terkini kecundang
Semalam telah berlangsung Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena keberangkatan pulang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong pada 30 Januari ini.
Di majlis santai tersebut, jemputan adalah sekitar 2,500 orang terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, bekas Perdana Menteri, pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.
Menjadi perbuatan hangat kemudiannya apabila tersebar beberapa keping gambar di media sosial yang memperlihatkan seolah-olah Anwar Ibrahim tidak hadir di majlis tersebut.
Ia berikutan gambar yang disebarkan itu memaparkan Yang Dipertuan Agong duduk di meja utama bersama antaranya Tun Mahathir Mohamad dan isteri serta Tan Sri Muhyidddin Yassin, juga bersama isterinya.
Sebahagian gambar itu turut disertai dengan soalan - Mana Perdana Menteri dan ini dengan segera mencetuskan pelbagai spekulasi kononnya sesuatu yang mengejutkan bakal berlaku dalam negara selepas ini.
Sebelum itu pula, semakin hangat sejak pagi semalam, tersebar juga spekulasi di media sosial dan Grup Whatsapp kononnya Yang Dipertuan Agong akan memanggil 222 Ahli Parlimen dalam majlis Jamuan Teh Diraja itu untuk bertanya berkaitan pertukaran Perdana Menteri.
Lantas apabila tersebar pula gambar ketiadaan Anwar di meja utama bersama Yang Dipertuan Agong, riuh rendahlah petang semalam kononnya pertukaran Perdana Menteri akan segera menyusul.
Aduhh…tak habis-habis nampaknya golongan mereka dengan kegilaan tak berkesudahan dalam menaruh harapan kerajaan akan bertukar tangan.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah 'kesilapan' sebuah agensi berita menyiarkan laporan mengenai Jamuan Teh Diraja itu dengan tidak menyiarkan gambar kehadiran Anwar, sebaliknya hanya menyiarkan gambar Tun Mahathir dan Muhyiddin bersama isteri masing-masing di meja utama bersama Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Pemangku Sultan Pahang.
Laporan berkenaan lalu mencetuskan gambaran kononya seolah-olah Anwar tidak hadir dan gambar itu pula dengan cepat disebarkan melalui pelbagai platform media sosial.
PM datang awal ke majlis
Anwar dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya hadir dalam jamuan teh berkenaan, malah sempat mengiringi Yang Dipertuan Agong bersalaman dengan sebahagian tetamu.
Oleh kerana jamuan teh itu adalah majlis santai, bila-bila boleh keluar dan pergi, ditambah kebetulan Perdana Menteri ada program lain di Klang, maka beliau memohon keizinan untuk pulang lebih awal.
Tiada apa-apa isu pun sebenarnya, bahkan dalam FB Istana Negara sendiri dipaparkan gambar kehadiran Anwar dan ketika beliau mengiringi Yang Dipertuan Agong bersalaman dengan tetamu yang hadir.
Isu yang ada cuma kerana walaun dan walabot tak habis-habis dengan mimpi dan igauan bahawa kerajaan akan bertukar sebelum keberangkatan pulang Yang Dipertuan Agong ke Pahang.
PM bertukar di jamuan teh?
Gunalah logik sikit, mana pernah berlaku pertukaran Perdana Menteri melalui majlis jamuan teh sahaja.
Mahu tukar kerajaan ada prosesnya dan cara paling masuk akal ialah melalui usul undi tak percaya di Parlimen.
Kalau tidak berani membawa usul tidak percaya di Parlimen, tidak usahlah sembang kencang bercita-cita mahu menukar kerajaan.
Muhasabahlah diri kalian berapa sokongan yang dimiliki, bahkan jauh lebih bermanfaat jika blok pembangkang ketika ini bersama-sama dengan kerajaan membina negara ini.
Itu lebih menggembirakan rakyat daripada tidak habis-habis berkhayal sambil mereka-reka ceritera palsu yang semata-mata hanya untuk menyedapkan hati sendiri.
Ayuh..Move on..
________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.
Comentários