top of page

Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, tiada masalah buat belanjawan baharu - William



Amaran Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa kerajaan menghadapi kesukaran membayar gaji kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 tidak lulus pada sesi pengundian 26 November ini dianggap mengarut.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh sekali pun, tiada masalah untuk kerajaan baharu meluluskan Belanjawan 2021.


Malah katanya, kerajaan baharu akan mengubahsuai belanjawan sedia ada untuk memenuhi keperluan penting melawan pandemik Covid 19.


Cuma, menurut beliau, yang menghadapi masalah adalah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terpaksa meletak jawatan sekiranya belanjawan ditolak


"Apa yang akan jadi kalau kita tolak belanjawan, ia menunjukkan di dalam Dewan Rakyat majoriti Ahli Parlimen tidak yakin bukan sahaja kepada belanjawan itu tetapi juga kepada PM dan jemaah menteri.


"Kalau ikut konvensyen, PM dan jemaah menteri perlu letak jawatan. Bila ini berlaku kita boleh bentuk kerajaan baharu, lantik PM baharu. Dan bukan masalah besar untuk adakan belanjawan yang baharu kerana angka-angka sudah ada.


"Hanya ambil ambil dan ubahsuai supaya kita berikan bantuan kepada mereka yang terjejas. Kalau ini berlaku (PM) boleh panggil sesi Parlimen secepat mungkin dan bentangkan perubahan belanjawan," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia malam tadi.


Menurut William, mengubah suai Belanjawan 2021 tidak memerlukan masa yang lama kerana belanjawan itu memiliki dua komponen.


Katanya, kerajaan baharu tidak akan mengubah Perbelanjaan Mengurus yang melibatkan pembayaran gaji dan sebagainya. Hanya yang perlu ditambahbaik adalah Perbelanjaan Pembangunan.


"Ini bukan perkara susah kerana ada dua perkara dalam belanjawan. Satu untuk pengrusan, bayaran gaji dan sebagainya. Itu sudah tetap, kita tidak akan ubah. Apa yang kita mahu ubah ialah beberapa perkara dalam belanjawan pembangunan.


"Kita bincang dan keluarkan pandangan kita (penambah baikkan). Ini bukan perkara yang memakan masa berbulan-bulan untuk berikan satu pindaan belanjawan. Itu bukan masalah besar," katanya lagi.


Semalam, Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berpendapat PM baharu boleh menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya sidang khas Parlimen dipanggil seawal bulan Disember 2020 bagi meluluskan belanjawan di bawah Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan.


Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan kata Hassan, membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan untuk sebahagian tahun 2021 diluluskan, sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2021 diluluskan secara penuh.


Hal itu terdapat duluan, iaitu pada 1999 apabila pentadbiran Tun Mahathir ketika itu membentangkan belanjawan namun sebelum diluluskan Parlimen telah dibubar.


Kerajaan selepas pilihan raya umum menggunakan peruntukkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan operasi kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page