top of page

Jika Anwar terlibat pembelian saham UEM, tiada pendakwaan seksual 1998



Penyokong pembangkang PN dinasihatkan untuk tidak mengelirukan rakyat berkenaan urusniaga pembelian saham UEM-Renong kira kira 25 tahun lalu.


Hal itu berikutan tindakan Timbalan Pengerusi Gerakan Menuntut Malaysia Bersih (GMMB), Syarul Ema Rena atau dikenali sebagai Ratu Naga mahu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat berhubung pembelian saham UEM-Renong pada waktu beliau menjadi Menteri Kewangan pertama kali.


Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B) Zulkifli Othman, dakwaan pembelian saham itu tidak wajar diungkit kembali kerana sekiranya Datuk Seri Anwar melakukan salah laku pada waktu itu, maka tidak mungkin beliau didakwa di bawah pertuduhan jenayah seksual yang sukar dibuktikan di mahkamah berbanding urusniaga kewangan yang mempunyai dokumen lengkap.


"Ratu Naga kata Anwar terlibat dalam pembelian saham UEM (oleh kerajaan) tahun 1997.


"Kita nak beritahu kepada Ratu Naga yang mengikut Zuraida, Azmin (dalam berpolitik). Semua mereka masuk politik 'main ikut ikutan'.


"Kalau nak kaitkan Anwar dengan isu itu tahun 1997, Mahathir (PM pada 1998) nak menjatuhkan karier politik Anwar, dia dah gunakan isu itu.


"Mahathir pada ketika itu yang mencari satu isu jatuhkan Anwar, tak ada. Sampai kena reka benda yang di luar tabii (jenayah seks). Jadi janganlah cari publisiti murahan," katanya.


Beliau menggesa Ratu Naga untuk tidak menyebarkan dakwaan karut marut memburukkan Anwar dalam kalangan penyokong pembangkang.


Kata Zulkifli, Ratu Naga perlu maklum pada era Mahathir semua agensi kerajan tunduk di bawah telunjuk beliau dan beliau boleh gunakan pelbagai cara untuk mendakwa musuh politiknya.


"Mahathir pegang semua dokumen. Kenapa Mahathir tak nak dakwa isu itu (salah laku kewangan)? Kalau isu pembelian saham itu lebih mudah Anwar dihukum bersalah (kenapa guna kes lain). Tak payah nak berbelit belit (buktikan kesalahan)," katanya lagi.


Zulkifli yang merupakan generasi awal reformis jalanan dan antara pemuda KEADILAN terawal ketika penubuhan parti pada 1999 menegaskan, penjualan saham UEM-Renong sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan Anwar melainkan Mahathir dan Daim.


Katanya tidak wajar selepas 25 tahun, pihak pembangkang cuba mengaitkan kes itu dengan Anwar pada ketika Tun Mahathir menjadi penasihat mereka.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page