top of page

Jepun tingkat pelaburan yakin masa hadapan Malaysia - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan syarikat-syarikat Jepun untuk menyuntik pelaburan sebanyak RM6.56 bilion mencerminkan keyakinan negara itu terhadap masa depan Malaysia.


Perdana Menteri berkata pelaburan bernilai tinggi ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi yang sama rata untuk lebih ramai rakyat Malaysia.


Beliau berkata perkara itu selaras dengan keutamaan kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.


"Keputusan syarikat-syarikat Jepun untuk melabur kira-kira RM6.56 bilion akan meningkatkan pelaburan Jepun di Malaysia sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini.

"Ini mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam.


Kenyataan itu mengulas mengenai lawatan kerja lima hari Perdana Menteri dari 16 hingga 21 Disember lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, menghadap Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida serta diaspora Malaysia di Jepun.

Beliau turut berucap pada Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC).


Dalam kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan setinggi perhargaan kepada kesudian Jepun untuk bersama-sama dalam membina semula Malaysia.


"Saya yakin masa depan kita bersama pada 2024. Kerangka Ekonomi MADANI menzahirkan kemakmuran bersama untuk semua yang komited terhadap agenda transformasi Kerajaan MADANI.


"Saya optimistik sekiranya jika semua rakyat bersatu dan bekerjasama dalam merealisasikan wawasan ini, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi," tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Kenyataan itu berkata jadual Perdana Menteri yang padat mencerminkan betapa kukuhnya persahabatan yang terjalin dengan Jepun sejak sekian lama dan juga kestabilan politik baharu dan prospek pertumbuhan dan transformasi ekonomi yang cerah di Malaysia.


Beliau telah mengadakan mesyuarat bersemuka dengan syarikat Jepun RoHM Wako, NEC Co. Ltd. (Toshiba) dan Mitsui & Co. Ltd dan turut menghadiri persidangan meja bulat dengan 25 syarikat Jepun yang menzahirkan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.


"Semasa lawatan kerja tersebut, hubungan diplomatik Jepun–Malaysia akan diperkukuh lagi melalui status Perkongsian Strategik Komprehensif. Kerjasama penting ini dikhaskan untuk hubungan strategik bersama Jepun.

"Di bawah jalinan perhubungan baharu yang diperkukuh ini, kerjasama antara Jepun dan Malaysia dijangka berkembang luas, merentasi bidang ekonomi, pertahanan, sains, teknologi, inovasi, alam sekitar dan budaya," ujar kenyataan itu.


Produk pertama hasil Perkongsian Strategik Komprehensif baharu ialah Geran Bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) sebanyak 400 juta yen (RM13 juta) daripada Jepun untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia.


Ini adalah tambahan kepada pakatan kerjasama yang ditandatangani antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA).


Sebagai rekod, ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Jepun sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022. Perdana Menteri turut ditemani oleh delegasi kepimpinan tertinggi Malaysia termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang lain.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page