top of page

Jentera PH perlu pastikan penyokong keluar mengundi - Kamil Munim

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 3 days ago
  • 2 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Kamil Munim (gambar) mengingatkan seluruh jentera Pakatan Harapan (PH) supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha Get Out The Voters (GOTV) pada hari pengundian esok bagi memastikan setiap penyokong keluar menunaikan tanggungjawab mereka.


Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, sepanjang dua minggu berkempen, jentera PH telah bekerja bersungguh-sungguh dan menerima sambutan yang amat positif daripada rakyat, namun kemenangan hanya mampu dicapai menerusi gerak kerja yang tersusun sehingga hari mengundi.


"Kita bekerja dengan begitu tekun dan baik. Kita pertaruhkan seorang calon muda yang telah berkhidmat untuk beberapa tahun kebelakangan ini.


"Rata-rata apabila kita turun ke bawah, sambutannya Alhamdulillah sangat baik dan sangat positif.


"Tetapi pilihanraya ini bukan sekadar soal populariti semata-mata. Untuk menang, ia menuntut kita bekerja di lapangan dengan lebih bersasar dan berstrategi," katanya ketika berucap pada Program Konvoi Anak Muda di Bandar Enstek, Nilai petang tadi.


Menurut beliau, keutamaan jentera kini ialah memastikan semua pengundi yang telah dikenal pasti, termasuk penyokong parti dan pengundi atas pagar, berjaya dipujuk untuk keluar mengundi.


"Esok yang paling penting ialah GOTV. Kita kena pastikan pengundi-pengundi yang telah kita dekati, anggota kita dan pengundi atas pagar diyakinkan untuk keluar mengundi.


"Malam terakhir ini kita perkemaskan jentera untuk bekerja pada esok hari. Setelah segala usaha dilakukan, kita bertawakal kepada Allah dan mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada kita," katanya.


Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa calon Pakatan Harapan bagi DUN Labu mampu mencatat kemenangan sekiranya semua jentera melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan.


"Saya harap esok sekitar jam 7 atau 8 malam, calon kita dapat menghubungi Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan memaklumkan bahawa kita menang di Labu.


"Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memberkati perjuangan kita," katanya.


Kamil kemudiannya mengetuai konvoi bermotosikal melibatkan 250 anak muda bersama calon PH Labu Datuk Ahmad Faez Abdul Razak.


Pelepasan konvoi itu disempurnakan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, calon PH DUN Labu Datuk Ahmad Faez Abdul Razak serta pelakon Farid Kamil.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page