top of page

Jentera lebih ‘agresif’ menjelang PRN penggal ini - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan jentera parti untuk optimis dengan kemampuan Kerajaan Madani mengemudi negara.


Katanya, berbanding kerajaan terdahulu prestasi ekonomi kini berada dalam landasan terbaik di bawah Kerajaan Perpaduan.


Sementara, sikap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang produktif mencari peluang pelaburan melalui siri lawatan luar negara diyakini dapat menarik pelabur luar untuk melabur di Malaysia.


"Semalam, beliau baru sahaja mengadakan mesyuarat Kabinet walaupun baru pulang dari Australia dan hari ini beliau berada di Pulau Pinang ‘work rate’, ini yang cuba dipertikai dan dibimbangkan oleh pihak pembangkang.


"Oleh itu, perkara ini kita perlu terangkan dengan penuh yakin bahawa Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan terbaik dan semakin mengukuh," katanya dalam Konvensyen Penerangan di Saujana Hotel, Subang Jaya hari ini.


Justeru, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menyeru jentera parti menggunakan pendekatan yang lebih ‘agresif’ bagi mendepani siri pilihan raya negeri (PRN) dalam setahun dua akan datang.


"Kita perlu lebih agresif sebab ada beberapa siri pilihanraya yang kita perlu hadapi.


"PRN Sabah akan diadakan tahun hadapan selepas itu Melaka, Sarawak dan Johor," ujarnya.


Tambah beliau, jentera parti tidak seharusnya terlalu bergantung kepada media rasmi kerajaan sebaliknya melengkapi media massa tersebut dalam menyebarkan maklumat.

"Kita sepatutnya jangan bergantung kepada Bernama, RTM, dan TV3 sebab kerja-kerja penerangan perlu dilakukan secara berkala.


"Terangkan kepada ahli, kita mempunyai kelebihan untuk memberi maklum dan pandangan (maklumat) kepada ahli," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page