top of page

Jenayah seksual kanak kanak: Kerajaan ambil langkah proaktif



Tindakan lebih tegas bagi menyekat akses pornografi secara menyeluruh di media sosial akan dilaksana dalam usaha membanteras jenayah seksual membabitkan kanak-kanak.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu berkata masyarakat perlu diberi kesedaran dan perhatian masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak disebabkan pengaruh media sosial serta salah guna Internet.


"Kita memerlukan internet dan teknologi, namun bahan-bahan porno di dalam medium ini sukar untuk dikawal.


"Tindakan tegas perlu dilakukan untuk menyekat terus talian yang bersifat pornografi memandangkan laman sesawang ini boleh diakses pada bila-bila masa," katanya dalam satu sidang media.


Ahli Parlimen Sepang itu sebelumnya hadir ke Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (HAWA) 2023 di Kota Bharu semalam.


Mengulas lanjut usaha yang mahu dilaksanakan itu, Aiman Athira berkata KPWKM akan menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.


Kementerian juga jelasnya akan terus meneliti apa-apa sahaja ruang dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada jenayah tersebut terus berleluasa untuk ditangani bersama.


"Tanggungjawab ini bukan bawah kementerian kami sahaja atau kementerian lain, malahan peranan segenap masyarakat," tambahnya.


Pada Khamis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan mendedahkan kepada media bahawa bagi tahun lalu kes jenayah termasuk seksual membabitkan kanak-kanak dan wanita mencatatkan peningkatan.


Sebanyak 12,890 kes termasuk rogol, cabul, sumbang mahram, gangguan, amang dan berkomunikasi seksual dengan kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, buang bayi dan keganasan rumah tangga dicatatkan pada 2022 berbanding 11,092 kes pada 2020.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page