top of page

Jelaskan pendirian calon dalam kempen pemilihan KEADILAN



Calon Timbalan Presdien KEADILAN, Rafizi Ramli mencadangkan agar calon calon yang bertanding menjelaskan pendirian masing masing berkenaan hala tuju parti dan usaha untuk memantapkan parti.


Katanya, hala tuju calon dan ke mana parti akan dibawa penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


"Menjadi harapan saya, bermula pemilihan kali ini setiap anggota KEADILAN memilih pimpinan berdasarkan penilaian peribadi mengikut prestasi dan pendirian seseorang calon.


"Melalui sistem undian atas talian menggunakan aplikasi, kuasa untuk memilih pimpinan dikembalikan kepada setiap anggota biasa


"Oleh itu, demi memudahkan setiap anggota KEADILAN membuat keputusan, saya menyeru semua calon-calon yang bertanding kali ini untuk menjelaskan pendirian mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Rafizi penjelasan itu perlu membabitkan dua perkara. Pertama, hala tuju parti untuk tempoh setahun ke tiga tahun akan datang, terutamanya berhubung strategi masuk pilihan raya.


Kedua, bentuk dan sumbangan gerak kerja setiap calon yang boleh melonjakkan peluang KEADILAN menang dalam pilihan raya akan datang.


Rafizi juga mahu kempen kali ini tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan restu pemimpin tertentu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page