top of page

Jelajah SUA ambil berat ehwal dalaman KEADILAN - Noraziah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 13
  • 2 min read


Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh bukan sahaja berjasa dalam mengukuhkan struktur parti sejak sekian lama tetapi mempunyai visi untuk melicinkan pengurusan dalaman KEADILAN.


Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang, Noraziah Mohd Razit, berkata cara program yang diperkenalkan oleh Fuziah, iaitu Jelajah Setiausaha Agung bersama semua pimpinan negeri sebelum ini amat berguna dalam mengambil berat isu isu ahli akar umbi.


"Sepanjang tempoh beliau sebagai SUA, antara inisiatif paling signifikan ialah pelaksanaan Jelajah SUA secara konsisten ke seluruh negara, bersama pimpinan negeri.


"Program ini menjadi wahana penting dalam mendekati akar umbi, mendengar denyut nadi rakyat serta menyampaikan hala tuju dan dasar parti secara langsung," kata Noraziah dalam satu kenyataan.

Dr Fuziah bersama Noraziah
Dr Fuziah bersama Noraziah

Selain itu, kata beliau, Fuziah juga memainkan peranan penting dalam pengemaskinian keanggotaan parti secara sistematik dan inklusif, yang menjadi tunjang kepada proses Pemilihan KEADILAN 2025 yang adil dan telus. Usaha tersebut, katanya, mencerminkan kepekaan beliau terhadap keperluan organisasi yang bersifat progresif dan responsif.


"Lebih penting, saya turut mengiktiraf kecekapan beliau dalam menguruskan isu-isu dalaman parti dengan penuh hemah, memastikan keharmonian organisasi terus dipelihara dalam menghadapi cabaran politik semasa.


"Sebagai wanita pertama memegang jawatan penting ini, beliau telah membuka jalan buat lebih ramai pemimpin wanita untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan utama dalam kepimpinan nasional.


"Saya amat berbangga dengan pencapaian ini yang selaras dengan semangat reformasi dan keadilan gender yang menjadi teras perjuangan Wanita KEADILAN," katanya.


Noraziah juga memuji sumbangan luar biasa Dr Fuziah dalam memperkukuh struktur parti dan memastikan kelancaran perjalanan menjelang Pemilihan KEADILAN 2025.


Begitu juga, katanya, komitmen beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sering turun padang bagi memastikan harga barangan untuk rakyat berpatutan.


"Di sebalik komitmen besar beliau sebagai Timbalan Menteri KPDN, YB Fuziah telah membuktikan bahawa wanita mampu memegang tampuk kepimpinan tertinggi dengan penuh berwibawa, dedikasi dan profesionalisme," katanya lagi

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page