top of page

Jelajah Ramadan Cabang Wangsa Maju erat hubungan parti - masyarakat



Jelajah Ramadan KEADILAN Cabang Wang Maju yang dilakukan saban tahun mengeratkan hubungan antara parti dan masyarakat.


Menurut Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai, jelajah ke Taman Melati baru baru ini telah menyemarakkan suasana berbuka puasa di bulan pesta ibadah ini.

Andre Lai

Kata Andre Lai, pasukannya menyediakan bahan membuat bubur lambuk serta kuih muih untuk juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada penduduk di Flat Taman Melati berdepan Madrasah Iktisamiah.


"Taman Melati menyahut cabaran reformasi semasa awal pembentukan KEADILAN pada akhir 1990an. Timbalan Ketua Cabang saya, Mustafa Ghazanfar dan AJK Cabang, Abu Bakar merupakan saksi peristiwa bersejarah itu," katanya yang mengenang kembali bagaimana bendera KEADILAN gergasi dipacakkan di taman itu sebagai tanda kubu kuat reformasi.


Prestasi KEADILAN mengusai sokongan di taman tersebut juga, kata Andre Lai, adalah bukti penerimaan masyarakat ke atas pimpinan parti yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti


"Sudah pasti jelajah seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa ditambah lagi dengan tibanya 1 Syawal yang akan diraikan tidak lama lagi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page