top of page

Jelajah Peduli Nadi Rakyat agih sumbangan ke Perak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 26, 2021
  • 1 min read

ree

Jelajah Peduli Nadi Rakyat berjaya mengagihkan sumbangan ke negeri Perak semalam.


Jelajah tersebut yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan kerjasama PEMADAM Selangor dan NGO SUKSES Selangor mendapat kerjasama baik dari KEADILAN Negeri Perak.


"Jelajah yang membawa sejumlah sumbangan bakul makanan ini diterima oleh Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak pimpinan Tuan Farhash Wafa Salvador untuk seterusnya diagihkan kepada semua Cabang-Cabang di seluruh Perak.

ree
Farhash (tiga dari kiri) menerima sumbangan daripada wakil AIC

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta juga kepada Syarikat Pengangkutan Bintang Syahdu yang menaja pengangkutan bakul-bakul makanan


"Semoga usaha berterusan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat Perak yang terkesan dampak Covid-19," kata kenyataan dari AIC.


Konvoi Jelajah Peduli Nadi Rakyat tiba di Ipoh, Perak dan mula menyerahkan sumbangan pada jam 12.00 tengahari, bertempat di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page