top of page

Jelajah PDM North Road DUN Segama perkukuh akar umbi KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Ucapan pemimpin tempatan dan nasional KEADILAN memberi informasi berguna buat akar umbi
Ucapan pemimpin tempatan dan nasional KEADILAN memberi informasi berguna buat akar umbi

Jelajah Pusat Daerah Mengundi (PDM) North Road DUN Segama, anjuran Cabang KEADILAN Lahad Datu berlangsung penuh semangat di Batu 1, Jalan Segama, dengan kehadiran pimpinan dan penyokong parti peringkat tempatan serta nasional.


Menurut Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Junaidah Makku, program tersebut menampilkan ucapan bernas Ketua Wanita Cabang KEADILAN Lahad Datu, Noor Zeeta Tamsun, “Kejayaan Madani Sepanjang PMX Menerajui Negara” yang memfokuskan keperluan melantik kerajaan yang betul dalam Pilihan Raya Negeri akan datang buat penduduk Lahad Datu.


"Dalam ucapannya, beliau menekankan pencapaian Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya dalam membawa agenda Madani yang menekankan kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, pendidikan serta kebajikan masyarakat," katanya.


Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memberi sokongan penuh kepada jentera parti di Lahad Datu.


Bagi Junaidah, program tersebut bukan sahaja mengeratkan solidariti sesama ahli dan penyokong, malah menjadi wadah penyampaian maklumat terus kepada rakyat.


"Jelajah ini bukan sahaja memperkukuhkan solidariti di kalangan ahli dan penyokong KEADILAN, malah menjadi wadah penyampaian maklumat serta penerangan terus kepada rakyat mengenai usaha dan inisiatif kerajaan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan adil untuk semua," katanya.


Jelajah PDM North Road ini membuktikan komitmen KEADILAN dalam menyantuni rakyat serta memperkukuhkan gerakan parti di peringkat lokal demi kelangsungan perjuangan rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page