top of page

Jelajah MADANI pertama di Kuala Selangor 23 - 25 Feb

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 19, 2024
  • 1 min read


Siri Jelajah MADANI peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Februati ini di Stadium Kuala Selangor, Kuala Selangor.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri.


"Sebahagian yang dipamerkan adalah (inisiatif kerajaan Pusat) dan program negeri yang (rakyat) boleh dapat manfaat sebab mungkin ada lagi rakyat tidak berapa tahu dan faham tentang rancangan Kerajaan Selangor.


"InshaAllah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan turun pada hari terakhir untuk acara penutup," katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di Shah Alam semalam, lapor Bernama.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini dipetik sebagai berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri.


Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 3 Januari lalu bersetuju untuk melakukan Jelajah MADANI bagi peringkat negeri selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.


Pada 10 Disember lalu, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page