Jelajah Madani: Dr Mujahid ziarah kekanda PM, Cikgu Idrus
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Timbalan Presiden AMANAH, Dr Mujahid Yusof kelmarin sempat menziarahi kekanda perdana menteri, Cikgu Idrus Ibrahim dalam rangka lawatan beliau menghadiri program Jelajah MADANI di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Menurut Dr Mujahid, pertemuan bersama abang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengimbau perjalanan awal perjuangan reformasi yang dicetus di kampung Cherok Tok Kun, dengan perisytiharan Deklarasi Permatang Pauh pada September 1998.
"Kunjungan ini lebih bermakna apabila saya sempat bertemu dan berbual mesra dengan abang beliau, Cikgu Idrus Ibrahim, seorang tokoh pendidik yang menjadi saksi awal kepada perjalanan panjang perjuangan keluarga ini.
"Silaturahim yang terjalin ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi menyambung ingatan terhadap nilai-nilai perjuangan, ketabahan dan prinsip yang membentuk asas kepimpinan hari ini.
"Semoga Allah terus merahmati dan memberkati keluarga ini," katanya dalam muat naik di Facebook.
Turut bersama dalam ziarah ini ialah Tuan Haji Abdul Aziz daripada Yayasan Taqwa dan Ustaz Firdaus Jaafar, sahabat seperjuangan Dr Mujahid yang sentiasa istiqamah dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.